Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peruntukan PHEKS tahun ini dinaikkan kepada RM5.8j

Peruntukan untuk Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) dinaikkan kepada RM5.8 juta pada tahun ini berbanding RM2.6 juta tahun lalu, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Dalam aspek itu, kata Sim, had maksimum permohonan geran untuk kesatuan sekerja turut dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 tahun ini sebagai langkah memperkasakan pengurusan hal ehwal kesatuan sekerja.

“Pemberian geran PHEKS tersebut adalah tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Tonggak kepada ekonomi adalah pekerja dan tonggak kepada pekerja adalah kesatuan sekerja.

"Justeru, kesatuan sekerja harus didukung dan diperkasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sim berkata dua jawatankuasa turut ditubuhkan bagi tujuan penilaian permohonan iaitu Jawatankuasa Teknikal PHEKS dan Jawatankuasa Panel Penilai atau Pelulus PHEKS.

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) akan mempromosi geran serta program di bawah PHEKS kepada semua kesatuan sekerja melalui pejabat JHEKS negeri di seluruh negara melalui sesi taklimat secara bersemuka dan pengiklanan di laman sesawang jabatan iaitu jheks.mohr.gov.my.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS