Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Miri

Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah diterima pada 9.30 pagi hari yang sama daripada orang awam.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.

"Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Alexson berkata susulan daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi ASP Dorairajah di talian 085-433730.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS