Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Yamtuan Besar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Tuanku Muhriz, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus diberi keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mendahului senarai 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena sambutan ulang tahun keputeraan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS