Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan penukaran agama tiga anak Loh Siew Hong ke Islam yang dilakukan secara sepihak atau unilateral.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh hakim Hadhariah Syed Ismail, membenarkan rayuan ibu tunggal yang beragama Buddha itu berhubung pertukaran agama ke atas anak perempuan kembarnya yang berusia 15 tahun dan seorang anak lelaki 12 tahun. 

Keputusan sebulat suara hari ini menyaksikan agama ketiga-tiga kanak-kanak itu kekal sebagai Hindu seperti yang ditunjukkan pada sijil kelahiran mereka.

Bercakap bagi pihak hakim Hashim Hamzah dan Azhahari Kamal Ramli yang bersidang sama, hakim Hadhariah memutuskan penukaran agama secara unilateral itu adalah menyalahi undang-undang jika tidak mendapat persetujuan daripada kedua-dua ibu dan bapa.

Bekas suami Loh, Muhammad Nagahswaran Muniandy
yang memeluk Islam, tkemudiannya mengislamkan anak-anak mereka tanpa persetujuannya pada 2020.

Hadhariah berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - yang pada 11 Mei tahun lalu menolak semakan kehakiman Loh untuk membatalkan penukaran agama anak-anaknya - telah terkhilaf kerana tidak mempertimbangkan dua isu kritikal.

Pertama, jika penukaran agama secara unilateral itu sah dan kedua sama ada enakmen negeri Perlis - iaitu Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri 2006 - membenarkan ibu atau bapa untuk mengislamkan anak adalah sah kerana iamelanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Kegagalan Mahkamah Tinggi untuk menjawab kedua-dua isu ini adalah salah arah yang jelas yang mengakibatkan kesilapan undang-undang," kata Hadhariah.

Katanya, bahawa badan kehakiman terikat dengan keputusan penting 2018 yang melibatkan penukaran agama Islam secara sepihak ke atas anak-anak guru tadika M Indira Gandhi.

Dalam keputusan mahkamah tertinggi negara itu, adalah diputuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu dan bapa diperlukan untuk penukaran agama anak pasangan yang sah, mengikut perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 12(4) menyebut ‘ibu bapa atau penjaga’ hendaklah menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS