Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizab antarabangsa BNM melonjak ke AS$113.5 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) melonjak kepada AS$113.5 bilion setakat 29 Dis 2023 berbanding AS$112.8 bilion yang dicatatkan pada 15 Dis 2023.

BNM dalam kenyataan menjelaskan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab telah mengambil kira perubahan penilaian semula pertukaran asing suku tahunan,” kata bank pusat itu.

Sehingga 29 Dis, kata BNM, daripada lima komponen utama rizab, rizab mata wang asing adalah berjumlah AS$100.9 bilion, diikuti kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (atau SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset adalah sebanyak RM630.97 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM520.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.23 bilion), tanah serta bangunan (RM4.13 bilion) dan aset lain (RM67.64 bilion).

Modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM186.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM161.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM176.53 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.53 bilion), deposit-deposit lain (RM40.02 bilion), kertas BNM (RM29.24 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti lain (RM3.27 bilion).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS