Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lantikan Sangetha ke LPK undang kritikan
Diterbitkan: Β Jan 9, 2024 12:34 PM
β‹…
Dikemaskini: 4:36 AM

Berita berkaitan pelantikan Naib Ketua Wanita PKR Sangetha Jeyakumar sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengundang bantahan pengkritik.

Ia susulan ikrar kerajaan untuk mengurangkan lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Tambahan lagi, Sangetha sendiri pada Oktober 2022 menyelar lantikan politik kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin yang didakwanya bagi membeli sokongan (bawah).

Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif berkata pelantikan Sangetha bukan langkah terpencil.

Katanya, sejak Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri pada November 2022, sebanyak 19 orang anggota parlimen dan 42 ahli politik dilaporkan mendapat 61 tempat dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan.

β€œIni sama sekali bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pilihan raya,” katanya.

Sasha Lyna Abdul Latif

Sasha Lyna juga berkata Anwar telah berdekad-dekad menaburkan janji untuk melaksanakan pembaharuan dalam pelantikan GLC dan tidak akan mengikuti jejak langkah BN.

Berita berkaitan pelantikan Sangetha itu tersebar selepas Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga menteri pendidikan mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Sangetha bagaimanapun memberitahu Free Malaysia Today hari ini bahawa dia enggan mengulas lanjut kerana belum menerima surat pelantikan.

Malaysiakini sudah menghubungi Sangetha dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sementara itu, parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut meluahkan rasa bimbang berkaitan pelantikan itu kerana melaksanakan amalan yang ditentang mereka selama ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS