Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Ibrahim tidak terima mengadap hingga 31 Jan
Diterbitkan:  Jan 6, 2024 5:04 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tidak akan terima menghadap mulai hari ini sehingga baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari depan.

Baginda bertitah ini melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama menteri besar Johor serta kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah DYMM Sultan Johor seperti yang dihebahkan Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim yang dilantik Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2024.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Oktober lalu turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS