Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kali pertama vaksin kanak-kanak sampai di Gaza sejak konflik

Vaksin untuk kanak-kanak mula memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah buat kali pertama sejak tercetusnya konflik di wilayah itu pada 7 Okt, umum Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila berkata vaksin itu dibeli oleh kerajaan Palestin, selain sumbangan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), lapor Agensi Anadolu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Mesir sebelum ini telah meluluskan penggunaan unit-unit penyejuk di negara itu untuk menyimpan vaksin sehingga penghantarannya ke Gaza.

"Proses penghantaran ini dilakukan mengikut standard antarabangsa untuk penyimpanan vaksin di bawah pengawasan Unicef," katanya dalam kenyataan.

Mai al-Kai berkata penghantaran vaksin itu dibuat di tengah-tengah situasi epidemiologi kritikal yang disebabkan oleh perang Israel ke atas Gaza.

Penghantaran yang memasuki Semenanjung Gaza, termasuk vaksin untuk polio, campak, rubela dan beguk mencukupi untuk tempoh antara 8 hingga 14 bulan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS