Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tsunami 0.4 meter dicatat berhampiran loji nuklear di Jepun

GLOBAL | Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (Tepco) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi.

Sebanyak sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku dari 4.06 waktu tempatan (07:06 GMT) dengan menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS