Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fahmi: Bagaimana dua k'jaan dahulu belanja iklan, publisiti RM700 juta?
Diterbitkan:  Dec 28, 2023 9:51 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta bagi iklan dan publisiti dibelanjakan oleh dua kerajaan terdahulu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menerusi catatan di media sosial X hari ini, beliau berkata perbelanjaan tersebut adalah sangat besar.

“Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta ini telah dibelanja, sama ada semua direkod dengan baik atau jika ada sebarang perkara yang langgar undang-undang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran terdahulu dalam menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS