Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kompleks ICQS Rantau Panjang beroperasi semula
Diterbitkan:  Dec 28, 2023 9:08 AM
Dikemaskini: 1:08 AM

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas beroperasi semula hari ini.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Pada Selasa, Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara berikutan kawasan sekitarnya yang terjejas banjir hingga menyebabkan orang ramai sukar datang ke lokasi itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan Pekan Rantau Panjang hari ini mendapati air sudah mulai surut dan aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS