Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan Pemuda Amanah: Dr Hatta jangka tiada perubahan besar

Setiausaha Agung Amanah Mohd Hatta Md Ramli berkata keputusan pemilihan jawatankuasa Pemuda Amanah masih sama, berikutan tempoh untuk membuat bantahan masih dibuka.

Mohd Hatta berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujud kelemahan dalam proses pengundian.

"Setakat ini, keputusan jawatankuasa pemuda Amanah nasional masih sama, tiada perubahan.

"(Tempoh) bantahan masih dibuka, jadi sebarang keputusan akan dibuat jika ada perkembangan," katanya ketika ditemui di Konvensyen Amanah Nasional 2023 Klang, Selangor hari ini.

Dr Hatta Ramli

Semalam, Malaysiakini melaporkan terdapat bantahan terhadap keputusan pemilihan jawatankuasa pemuda Amanah nasional yang diadakan pada 16 Dis lalu.

Sumber mendakwa antara bantahan tersebut adalah kesilapan nama calon pada kertas undi e-voting serta ada kawasan yang mendaftarkan nama perwakilan selepas tarikh yang dibenarkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dr Zulqarnain Lukman, mesyuarat jawatankuasa kerja telah diadakan bagi membentangkan bantahan-bantahan yang diterima dan siasatan sedang berjalan.

Mengulas lanjut, Hatta menjangkakan tiada sebarang perubahan besar yang akan berlaku ke atas keputusan pemilihan pemuda.

"Jika ada sebarang keputusan, kita akan umum kemudian," katanya.

Dalam pemilihan itu, senator Hasbie Muda mempertahankan jawatan ketua pemuda bagi sesi 2023-2026 setelah meraih undi tertinggi dengan 387 undi, manakala Adun Batu Tiga Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dilantik selaku timbalan ketua pemuda.

Tiga naib ketua pemuda adalah masing-masing Faris Arriffin, Ammar Atan dan Hazmi Hassan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS