ADS
mk-logo
Berita
Banjir Pasir Mas: Mangsa di PPS berkurang kepada 2,149
Diterbitkan:  Dec 23, 2023 10:10 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Jumlah mangsa banjir termenung yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga setakat 9 pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS