Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri tegur sekolah, murid DLP gagal kuasai asas bahasa Melayu
Diterbitkan:  Dec 21, 2023 3:30 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Lawatan lapangan mendapati terdapat murid di sekolah yang melaksanakan program dwibahasa (DLP) tidak mencapai tahap penguasaan asas Bahasa Melayu dan bahasa ibunda masing-masing, dakwa menteri pendidikan.

Fadhlina Sidek berkata demikian ketika selepas terdapat penolakan terhadap perubahan garis panduan DLP.

“Oleh itu, sekolah yang bersetuju untuk melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi, termasuklah penguasaan Bahasa Melayu. 

“Pada masa yang sama, penguasaan bahasa ibunda perlu dipelihara sebagai teras kepada keabsahan pelaksanaan bahasa ibunda di sekolah vernakular,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Fadhlina berkata kementeriannya akan meneruskan iltizam untuk

memartabatkan penguasaan Bahasa Melayu dan meningkatkan mutu pendidikan Bahasa Inggeris.

Dalam garis panduan terkini, sekolah akan dibekalkan dengan sumber pengajaran mencukupi, persediaan dibuat oleh guru, kebenaran ibu bapa hendaklah diperoleh dan prestasi bahasa Melayu di sekolah mencapai taraf purata kebangsaan.

Bagaimanapun, sekolah terlibat mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu kelas bukan DLP kepada murid yang mahu belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing.

Lima sekolah di Kuala Lumpur dibenarkan melaksanakan DLP secara penuh ialah  SK Convent Bukit Nanas (1), SK Bukit Damansara, SJKT Vivekananda, SJKT Segambut, and SJKT Ladang Edinburgh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS