UNDIAN | Sudah menjadi tradisi bagi setiap penghujung Disember, pembaca Malaysiakini berpeluang memilih berita terhangat pada tahun ini.
Kerajaan perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru saja mengharungi tahun pertama pentadbiran. Selain mengekalkan kestabilan, kerajaan berdepan cabaran untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kehilangan nyawa orang awam yang tidak berdosa akibat konflik di Gaza menunjukkan betapa dunia yang kita diami ini semakin terpolarisasi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami mengundang pembaca Malaysiakini menentukan 10 tajuk utama berita untuk tahun 2023.
Pembaca boleh mengundi dengan memilih markah daripada 0 (terendah) sehingga 10 (tertinggi). Markah yang sama boleh digunakan berulang kali.
Teruskan. Untuk kali terakhir, kita menoleh ke 2022 sebelum beralih ke 2023 dan semoga tahun hadapan menjadi lebih baik.
Pencetus Berita 2023
Jangan lupa untuk mengundi "Pencetus Berita Terbaik".
Secara ringkas, pencetus berita tidak semestinya merupakan individu paling popular.
Dia sebaliknya mesti konsisten menjadi tajuk berita utama dan dapat mempengaruhi wacana awam serta memberi impak kepada politik Malaysia - tidak kira sama ada baik atau buruk.
Kami telah memilih 15 calon pencetus berita untuk anda undi. Sekali lagi, anda boleh memberikan markah yang sama kepada lebih daripada seorang individu.
Undian tamat pada tengah malam 23 Disember, dan keputusan akan diumumkan selama dua hari berturut-turut mulai 29 Disember.
Untuk mengundi "10 Berita Terbaik 2022" dan "Pencetus Berita Tahun Ini", sila klik di sini.
Senarai calon
Tajuk berita utama tahun ini - 25 cadangan
Agus letak jawatan J-kom, dakwa video dimanipulasi
Rombakan kabinet melibatkan penyingkiran Sivakumar
Kontroversi konsert: Good Vibes, Coldplay, Stars On Fire
Sirul yang disabitkan hukuman mati, dilepaskan di Australia
Hukuman mati mandatori dipinda, cubaan bunuh diri bukan jenayah
Laporan Tragedi Double Six dikeluarkan selepas 47 tahun
Pesawat Elmina terhempas, ragut 10 nyawa
Lima MP Bersatu ikrar sokong Anwar
Konflik Gaza mencetuskan perhimpunan, boikot
Rang Undang-undang GEG gagal, kanak-kanak terdedah pada vape
Jabatan agama Islam Johor tubuhkan pusat pemulihan LGBT
Loh Siew Hong gagal batal penukaran agama sepihak anak-anak
SPRM tangkap pembantu menteri sumber manusia
Michelle Yeoh menang Oscar Pelakon Wanita Terbaik
Kejatuhan MyAirline
MP PAS Siti Mastura dakwa pemimpin DAP ada pertalian darah dengan Chin Peng
Ringgit jatuh ke paras terendah 25 tahun berbanding dolar AS
Pertikaian berhubung isu 40 hadis di sekolah
Sanusi dan Tiong bertikam lidah mengenai kod berpakaian di Langkawi
Keputusan enam pilihan raya negeri
Jam Swatch dan buku dirampas kerana kandungan atau simbolisme LGBT
Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara 7 tahun
Atlet gimnastik wanita Terengganu dihalang, beralih kepada wushu
Zahid diberikan DNAA bagi 47 tuduhan rasuah
Kehilangan dan kematian Zayn Rayyan
Pencetus berita terhangat tahun ini - 15 cadangan
Abdul Hadi Awang
Ahmad Zahid Hamidi
Anthony Loke
Anwar Ibrahim
Fadhlina Sidek
Fahmi Fadzil
Haris Ibrahim
Khairy Jamaluddin
Michelle Yeoh
Muhyiddin Yassin
Nahvin Muthusamy
Sanusi Md Nor
Siti Kasim
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal