Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: IPT diminta tunggu arahan, nasihat KKM - Zambry
Diterbitkan:  Dec 18, 2023 3:16 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata sebarang nasihat dan arahan daripada KKM sepatutnya dijadikan panduan untuk IPT bagi melaksanakan langkah-langkah yang seterusnya.

“Saya telah maklumkan beberapa hari lalu, iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti, hendaklah berasaskan kepada apa yang dimaklumkan atau diarah oleh KKM.

“Apa-apa pun kita bergantung apa yang disebut mereka (KKM), saya tak boleh keluarkan kenyataan berkaitan dengan hal ehwal kesihatan,” katanya kepada media selepas majlis penutup Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 Edisi ke-24, di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS