Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong
Diterbitkan:  Dec 18, 2023 12:56 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong di Kuala Lumpur, susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP AA Anbalagan dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam.

Beliau berkata terdapat pergerakan tanah dikesan melibatkan simen di depan pintu pagar beberapa rumah runtuh semalam.

"Sebuah kenderaan Honda City dikeluarkan menggunakan kren pada 6 petang semalam,” katanya.

Sementara itu, Anbalagan berkata pusat pemindahan sementara yang menempatkan lapan orang daripada satu keluarga ditutup secara rasmi 9 malam tadi.

Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Sebelum ini dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan itu, selain sebuah kereta Honda City yang diparkir di tepi jalan dilihat terjunam ke dalam gaung akibat kejadian berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS