Adun Merotai Sarifuddin Hata membuat laporan kepada SPRM untuk menggesa siasatan ke atas aktiviti perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau.
Bercakap kepada Sabah News Today, Sarifuddin berkata dia membuat laporan itu berikutan arahan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim M Yahyato berbuat demikian baru-baru ini.
Sarifuddin berkata, perkara itu membimbangkan masyarakat sekitar yang bimbang pencemaran dan pergerakan tanah akibat aktiviti perlombongan.
“Kerajaan ini membenarkan aktiviti perlombongan berlaku tanpa laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA),” dakwanya.
Sarifuddin memberitahu dewan undangan negeri Sabah pada 29 Nov bahawa kelulusan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk perlombongan emas di Bukit Mantri telah tamat tempoh.
Bagaimanapun, pembantu menteri kepada ketua menteri Abidin Madingkir memberitahu dewan bahawa semua syarat kawal selia telah dipenuhi manakala pembaharuan Surat Kelulusan Sekim Pengendalian Melombong (SKSPM) masih dalam perbincangan.
Menurut laporan TV3 pada 2020, kerja-kerja perlombongan di Bukit Mantri menghasilkan jongkong emas pertamanya pada 2018.
Imej satelit mendedahkan bahawa lombong emas itu muncul selepas 2018.
Bukit Mantri terletak di atas gunung berapi yang telah pupus dikenali sebagai Gunung Wullersdorf yang terkenal dengan deposit kristal, emas, perak dan tembaganya.
Bagaimanapun, Gunung Wullersdorf adalah hutan simpan yang diwartakan yang menempatkan spesies terancam seperti orang utan, Borneo Pygmy Elaphant, Borneo Gibbon, Banteng dan Proboscis Monkey, menurut laporan tahunan 2018 Projek Pengurusan Hutan Lestari Ulu Kalumpang-Wullersdorf (UKW-SFM) kerajaan Sabah.