Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat lelaki disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan

Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira enam pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.

“Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS