Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pempetisyen dakwa pengundi Gombak Setia disogok RM150 
Diterbitkan:  Dec 7, 2023 4:39 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Pempetisyen mendakwa pengundi disogok dengan wang RM150 dalam pilihan raya di Gombak Setia yang menyaksikan pemimpin Perikatan Nasional (PN) Hilman Idham menang tipis 58 undi.

Menurut salinan petisyen susulan keputusan dalam pilihan raya Selangor beberapa bulan lalu, pengundi berdaftar Mohd Shaffie Omar mendakwa wang itu diberikan di Kompleks Sukan Sinamax di Sri Gombak antara 4 dan 5 Ogos.

Lelaki 40 tahun itu juga mendakwa jumlah sama turut diberikan kepada pengundi di Lot 2634, Sungai Chinchin Pinggiran 5, Kampung Sungai Chinchin, Kuala Lumpur, pada 9 Ogos.

Dia berkata bahawa kesalahan bawah Seksyen 32(c) Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 itu bertujuan mempengaruhi undi supaya menyokong Hilman.

Dalam petisyen yang dilihat Malaysiakini itu, Shaffie memohon membatalkan keputusan pilihan raya di Gombak Setia pada 12 Ogos, kos dan ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Shaffie diwakili oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak makala Hilman pula diwakili oleh tujuh peguam yang diketetuai oleh mantan pesuruhjaya kehakiman Awg Armadajaya Awg Mahmud.

Gombak Setia adalah satu daripada empat DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kalah tipis dalam pilihan raya negeri lalu.

Hilman ketika itu dicabar oleh dan bebas.

Selain DUN itu, tempat-tempat lain yang PH kalah tipis ialah Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167), dan Taman Medan (30).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS