Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak autistik hilang ditemukan meninggal dunia

Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari dua hari lalu di Damansara Damai, Petaling Jaya ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di situ, malam tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis.

Dia berkata Zayn Rayyan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari dua hari lalu.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Mengulas sama ada kanak-kanak itu diculik atau sebaliknya, Mohd Fakhrudin berkata pihaknya setakat ini tidak mendapati sebarang unsur penculikan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS