Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Buku sebalik tabir Malaysiakini perlu jadi rujukan kewartawanan'

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar atas) berkata buku Malaysiakini and the Power of Independent Media in Malaysia perlu dijadikan rujukan dalam bidang kewartawanan tanah air.

Sim berkata ini termasuk buat bakal wartawan dan pelajar jurusan komunikasi di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini dan juga ketua-ketua pengarang sesebuah organisasi media.

“Saya mahu cadangkan buku ini kepada semua bakal wartawan di universiti, saya rasa anda patut membacanya dan jadikan buku ini sebagai bahan bacaan anda. Semua mereka yang mengikuti pengajian jurusan komunikasi mesti membacanya.

“Begitu juga dengan ketua-ketua pengarang dan bos wartawan menjadikan ia sebagai bahan bacaan wajib dan sila beli,” katanya ketika hadir merasmikan pelancaran buku tersebut.

Buku akademik yang memperincikan perjalanan panjang Malaysiakini dari 1999 hingga kini dilancarkan hari ini di toko buku, Gerakbudaya, di Petaling Jaya.

Buku bertajuk Malaysiakini and the Power of Independent Media in Malaysia ditulis sarjana kewartawanan, Janet Steele itu memberikan pandangan kritis di sebalik tabir Malaysiakini.

“Ia melihat sejarah Malaysia moden melalui kaca mata Malaysiakini.

"Dengan memberi tumpuan kepada detik-detik penting dalam sejarah Malaysiakini, ia memaparkan bagaimana masalah yang kelihatan sukar dapat diselesaikan dalam satu-satunya bilik berita yang benar-benar bebas di Malaysia," tulisnya dalam pengenalan pada bukunya.

Janet Steele

Buku ini juga merungkai bagaimana portal berita itu mendekati topik-topik sensitif seperti kaum dan agama.

Ia juga mengandungi biografi pengasas bersama Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran, serta pengalaman mereka dalam menubuhkan portal berita itu.

Penting buat sejarah Malaysia

Steele, yang mengajar di Universiti George Washington, mula diperkenalkan kepada Malaysiakini pada 2007.

Dia kemudian kerap mengunjungi Malaysiakini dan menemu bual individu penting di sebalik organisasi itu sebagai sebahagian daripada penyelidikannya untuk buku itu

Sementara itu, Steele yang ditemui hari ini berkata dia sangat bertuah dan bangga kerana dapat menghasilkan buku yang disifatkan sebagai satu sejarah penting.

Menurut Steele, dia melihat perubahan sejarah negara hari ini melalui penulisan yang disiarkan portal berita Malaysia sejak kewujudannya.

Malaysiakini penting sekali dalam sejarah Malaysia. Menurut saya, Malaysiakini mengubah negara ini. Sekarang jauh lebih baik dari dari sebelumnya. Lebih terbuka dan saya kira rakyat Malaysia hari ini merasa lebih bebas untuk berbicara tentang politik, tentang semua aspek budaya dan sebagainya.

“Saya juga fikir semua karyawan Malaysiakini harus sangat bangga atas apa yang dilakukan oleh mereka,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS