Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

KONGRES PKR | Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) Selangor mengkritik MIC atas desakan agar pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim "mengiktiraf" parti itu.

Ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PKR, Muhammad Izuan Ahmad Kasim yang juga Adun Kota Damansara membayangkan "bunyi" yang didengar dalam perhimpunan agung tahunan "sebuah parti komponen dalam kerajaan" baru-baru ini.

"Nasihat saya kepada rakan komponen itu, kalau rasa tidak ikhlas bersama kita, keluar sahaja.

"Tidak perlu jadi duri dalam daging…beri ruang kepada parti kita (PKR), presiden kita (Anwar) untuk perbetulkan ekonomi, untuk jadikan Malaysia lebih maju, itulah yang terbaik (dengan keluar),” kata Izuan.

Ketika dihubungi, Izuan yang juga ketua Pemuda PKR Selangor berkata dia merujuk ucapan Timbalan Presiden MIC M Saravanan ketika perhimpunan agung tahunan parti itu minggu lalu.

Saravanan berkata MIC tidak akan meminta sebarang jawatan daripada kerajaan, tetapi mahukan "pengiktirafan" dan tidak teragak-agak "untuk mengambil tindakan selanjutnya" jika ia tidak dipenuhi.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai 'pengiktirafan' dan tindakan selanjutnya'.

Sementara itu, menyentuh soal kestabilan politik sebagai tonggak kemakmuran negara, Izuan menegaskan pentingnya kesetian kepada parti dengan membangkitkan apa yang disifatkannya sebagai pengkhianatan terhadap PKR sebelum ini.

Seramai 15 perwakilan membahaskan ucapan dasar yang disampaikan ketua Pemuda PKR di kongres sayap itu di Putrajaya hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS