Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MPT Bersatu setuju Muhyiddin tak pertahan jawatan tahun depan - Hamzah

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju dengan keputusan presidennya Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti tahun depan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, mereka tidak dapat menerima jika Muhyiddin mahu berundur lebih awal.

“Kami semua dalam MPT telah bersetuju Tan Sri kata dia tidak mahu mempertahankan (jawatan), bukan bermakna dia nak letak jawatan.

“Dan kita tidak mencadangkan sesiapa pun (sebagai penggantinya),” kata Hamzah yang juga ketua pembangkang.

Hamzah Zainudin

Hamzah berkata demikian dalam sidang media bersama Muhyiddin selepas pengumuman itu dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam hari ini.

Terdahulu Muhyiddin membuat pengumuman mengejutkan untuk tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan parti akan datang bagi memberi peluang kepada muka baru.

Bagaimanapun, pengumuman itu membuatkan perwakilan bangun dan memintanya menarik balik keputusan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS