Paling Popular
Terkini

S Kesavan yang didakwa memfitnah bekas pegawai penyelidiknya selesai selepas ahli parlimen Sungai Siput itu membayar saman yang diputuskan mahkamah.

Peguam wanita terbabit, Rueben Mathiavaranam, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pemimpin PKR itu membuat bayaran sebanyak RM106,226.66 pada 6 Nov lalu.

Katanya bayaran berkenaan dibuat melalui firma guaman Tetuan A Arman & Co.

"Saya sahkan terima bayaran. Maka dengan ini kes tersebut selesai, " katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, pada 20 Okt lalu Mahkamah Rayuan mengarahkan Kesavan membayar RM80,000 kepada seorang wanita yang pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidiknya.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Kamaludin Said berkata R Indrani telah membuktikan kesnya berdasarkan timbangan kebarangkalian.

"Semua elemen dalam tuntutan fitnah telah dipenuhi,” katanya yang membenarkan rayuan wanita itu dengan kos RM20,000.

Dua lagi panel hakim adalah Hashim Hamzah dan Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu pada 29 Jun 2022 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes saman malu yang difailkan terhadap Kesavan selepas wakil rakyat PKR itu menafikan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkenaan.

Mahkamah menetapkan kedua-dua pihak perlu menanggung sendiri kos guaman.

Susulannya, Indrani membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Pada 17 Mei 2019, Malaysiakini melaporkan Kesavan dan wanita berkenaan yang juga bekas bendahari PKR cabang Sungai Siput saling membuat laporan polis antara satu sama lain.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS