Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peruntukan GEG canggahi perlembagaan, kata AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah.

Kenyataan AGC semalam memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“...peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama di antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Jan 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Jan 2007,” katanya.

AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan CodeBlue pada 14 Nov lepas dan portal akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 16 Nov lepas.

Khairy mendakwa AGC telah memberikan keizinan kepada rang undang-undang itu ketika dibawa ke Parlimen pada tahun lepas sebelum membuat keputusan mendadak untuk menggugurkannya.

Beliau mendakwa tindakan menggugurkan rang undang-undang itu dilakukan susulan tekanan politik berbanding kebimbangan terhadap kesahihannya dari segi perlembagaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS