Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agus lepas jawatan bos J-Kom untuk terima tawaran lain
Diterbitkan:  Nov 16, 2023 9:08 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Muhammad Agus Yusoff mengesahkan dia mengemukakan surat peletakkan jawatan sekali gus meninggalkan agensi tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, dia bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia mengambil tindakan tersebut ekoran ada desakan tertentu dibuat.

“Ya saya serahkan notis sebulan (letak jawatan) seperti peraturan tetapkan," katanya.

Bekas ahli akademik itu juga menjelaskan dia mendapat tawaran lain dan berpendapat ia lebih sesuai untuk diterimanya.

“Tidak timbul soal saya diasak supaya letak jawatan, tak ada sebab untuk saya layan dan saya boleh abaikan kalau ada asakan sedemikian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nama Agus mula dikenali sebagai seorang pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia sehinggalah dia bersara dan meluangkan masa menjadi tenaga pengajar di Sulawesi pula.

Dia kemudian menerima tawaran mengetuai J-Kom ketika peringkat awal kerajaan perpaduan dan dilantik pada awal tahun ini.

Bagaimanapun keberadaannya kemudian tidak disenangi sesetengah pihak termasuk dalam kalangan pihak kerajaan sendiri.

Bernama pula melaporkan Agus menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS