Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JKKP T'ganu kesan pelanggaran peraturan bina resort di P Perhentian
Diterbitkan:  Nov 16, 2023 5:42 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu mendapati berlaku pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berhubung pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian, yang runtuh pada 10 Nov lepas, mengakibatkan dua pekerja maut.

"Kita tidak tahu lagi punca sebenar kejadian, mungkin struktur bangunan atau tanah runtuh… (tanah) bergerak,” kata Pengarah JKKP Terengganu Mohd Zahari Hitam.

Beliau berkata pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga sedang jalankan kajian lebih terperinci berhubung kejadian itu dan tindakan susulan akan diambil sekiranya ada pelanggaran peraturan tertentu yang dikesan.

Bercakap kepada media selepas Seminar Kesihatan Pekerja Zon Pantai Timur 2023, di Kuala Terengganu hari ini beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali terhadap pihak yang cuai dan mengabaikan keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian.

Sementara itu Mohd Zahari berkata sembilan kes kematian di tempat kerja dilaporkan di Terengganu bagi tempoh Januari hingga 15 Nov 2023.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS