Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Elak layari laman web palsu THiJARI - Tabung Haji
Diterbitkan:  Nov 15, 2023 11:26 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH). 

Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.

"Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan," menurut hantaran itu.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS