Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Andai neraka di bumi, Gaza tempatnya - Jurucakap PBB
Diterbitkan:  Nov 10, 2023 10:22 PM
Dikemaskini: 2:22 PM

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata badan antarabangsa itu tidak boleh menghantar trak bantuan ke utara Gaza berikutan konflik yang tercetus di wilayah yang dikepung itu.

"Jika neraka itu di bumi, utara Gazalah tempatnya,” kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Jens Laerke pada taklimat akhbar mingguan di Geneva.

Laerke berkata trak yang membawa bantuan kemanusiaan PBB hanya sampai ke selatan Semenanjung Gaza dan tidak dapat memasuki ke kawasan utara Gaza yang didiami ratusan ribu penduduk, lapor Agensi Anadolu.

Sekumpulan pakar PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa rakyat Palestin berisiko menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai memandangkan rejim Israel terus mengepung Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Okt, menurut pihak berkuasa Palestin

- Bernama-Agensi Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS