Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penjawat awam Selangor dapat bantuan khas 2 bulan setengah gaji
Diterbitkan:  Nov 10, 2023 5:01 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Penjawat awam Selangor menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji tahun ini yang akan dibayar secara berperingkat.

Jumlah itu termasuk satu bulan gaji yang akan dibayar pada 28 Disember ini dan setengah bulan yang akan dibayar pada Februari tahun depan, bagi membantu persiapan sesi persekolahan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata bantuan khas itu juga termasuk sebulan gaji yang selesai dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu, lapor portal Selangorkini.

“Sebagai sebuah bentuk apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam dan mereka yang terlibat bagi menjayakan kutipan hasil Kerajaan Negeri, saya mengumumkan BKK 2023 kepada semua yang berkhidmat bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

“(Ini) termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, bantuan sebanyak dua bulan setengah,” katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini.

Amirudin menambah pemberian BKK dengan bayaran sekurang-kurangnya RM1,000 akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS