Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon BN tarik balik petisyen batal kemenangan PH di Segamat

Calon BN M Ramasamy menarik balik petisyen pilihan raya untuk membatalkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Segamat semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Rohani Ismail membenarkan permohonan Ramasamy untuk menarik balik petisyen yang menamakan ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran sebagai responden.

M Ramasamy

Peguam Ramasamy, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Malaysiakini bahawa anak guamnya menghentikan petisyen pilihan raya itu kerana kedua-dua Ramasamy dan Yuneswaran kini adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

"Ini dilakukan untuk manfaat bersama kerana kedua-dua mereka (Ramasamy dan Yuneswaran) adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan," kata peguam itu, sambil menambah bahawa Rohani tidak membuat sebarang arahan mengenai kos.

Apabila dihubungi, peguam Yuneswaran, Lai Yi Leong mengesahkan keputusan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS