Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah
Diterbitkan:  Nov 7, 2023 12:43 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menerima sebanyak 118 trak bantuan pada Ahad dan Isnin melalui lintasan sempadan Rafah, menjadikan jumlah keseluruhan trak yang memasuki Semenanjung Gaza sejak 21 Okt lalu sebanyak 569.

Persatuan itu menerusi satu kenyataan berkata pasukannya menerima 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dari Bulan Sabit Merah Mesir pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan berasingan, persatuan itu mengesahkan bahawa mereka menerima 93 lagi trak bantuan daripada Bulan Sabit Merah Mesir pada Isnin.

Trak berkenaan membawa makanan, air, bantuan kecemasan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan manakala bahan api tidak dibenarkan masuk setakat ini.

"Jumlah trak yang diterima sejak 21 Oktober adalah sebanyak 569, bersamaan kira-kira 33 trak sehari," menurut persatuan itu.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS