Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 100 serangan udara Israel di Gaza City dalam tempoh sejam
Diterbitkan:  Nov 6, 2023 3:49 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Tentera Israel melancarkan lebih 100 serangan udara ke atas Gaza City dalam tempoh kurang sejam pada Ahad, membunuh dan mencederakan ramai penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Serangan ganas itu menyasarkan pelbagai kawasan di bandar itu, serentak dengan gangguan komunikasi dan internet.

Pengeboman itu turut memusnahkan sebuah blok kediaman di kem pelarian Al-Shati menyebabkan ramai penduduk terbunuh.

Serangan yang menyasarkan kawasan di barat laut, tengah dan barat daya Gaza City itu tidak pernah berlaku sebelum ini sejak perang bermula.

Ambulans juga tidak dapat memasuki kawasan yang diserang.

Serangan bom itu menyasarkan kawasan berdekatan dengan Kompleks Perubatan Al-Shifa, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, serta kawasan kediaman, jalan raya, kawasan pelabuhan bandar dan pelbagai kawasan dari barat laut hingga barat daya Gaza.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin serta Syarikat Telekomunikasi Palestin, Paltel dilaporkan berkata Israel memutuskan semua jenis perkhidmatan komunikasi dari Semenanjung Gaza, kejadian ketiga dalam tempoh kira-kira 10 hari.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS