Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan seorang inspektor polis untuk dia dilepas dan dibebaskan (DAA) daripada pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Rayuan Sheila Sharon Steven Kumar terhadap keputusan Mahkamah Majistret Shah Alam pada 26 Jun dibenarkan pesuruhjaya kehakiman Norsharidah Awang.

Sheila didakwa mengaibkan kehormatan Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak.

Pada tarikh tersebut pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan pendua kerana Sheila sudah menghadapi pertuduhan sedia ada yang didaftarkan dengan betul.

Susulan keputusan hari ini, Sheila berdepan tiga pertuduhan di mahkamah majistret, dengan satu daripadanya membabitkan dakwaan menghina kehormatan Abdul Arif.

Pertuduhan kedua pula Sheila didakwa mengaibkan P Taneswaran, dan satu lagi berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap M Silverkoomarie.

Ketika dihubungi, peguam Sheila, M Manoharan mengesahkan keputusan tersebut.

Katanya pasukan pembelaan membuat rayuan itu semasa prosiding awal hari ini kerana tertuduh sepatutnya diberikan DAA kerana DNAA akan menyebabkan ketidaktentuan berlarutan sama ada wanita itu akan didakwa semula untuk perkara yang sama.

Manoharan berkata rayuan hari ini susulan keputusan mahkamah majistret yang memberikan DNAA kerana masalah teknikal dalam mendaftarkan kes Sheila dan bahawa pihak pendakwaan sendiri sebelum ini mengakui bahawa inspektor itu tidak akan didakwa semula.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS