Paling Popular
Terkini

PARLIMEN | AS adalah antara negara yang mengenakan tekanan ke atas Malaysia selepas Putrajaya bertegas menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim ada tiga kejadian Malaysia ditekan oleh Washington agar mengkaji semula pendirian semasa mengenai Hamas selepas kerajaan enggan menganggap pertubuhan itu sebagai pengganas.

"Pertama, duta besar kita ke Washington dipanggil Jabatan Negara AS yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan Israel khususnya keganasan Israel terhadap Gaza," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Anwar walaupun begitu duta besar terbabit tetap bertegas mempertahankan pendirian negara.

"Oleh kerana keengganan kita membantah (tindakan) Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas, saya juga dapat maklumat daripada Kementerian Luar bahawa kita menerima demarche (tatatindak) daripada Kedutaan AS sebanyak dua kali 2 kali," katanya.

Menurut Anwar notis rasmi (demarche) itu diterima pada 13 dan 30 Okt lalu yang meminta supaya Malaysia tidak meneruskan pendirian berhubung konflik Palestin, khususnya mengenai Hamas.

Kata perdana menteri, pendirian Malaysia adalah jelas dan sama seperti apa yang ditegaskannya semasa majlis himpunan solidariti Malaysia Bersama Palestin di Bukit Jalil pada 24 Okt lalu.

Menurut Anwar Malaysia tetap menganggap pencerobohan tentera Israel itu menyalah undang-undang antarabangsa.

Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri, duta Malaysia ke Washington dipanggil oleh Jabatan Negara AS pada 18 Okt, manakala insiden 30 Okt merujuk kepada kunjungan Timbalan Duta Besar AS di Kuala Lumpur ke atas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar 2.

Kata Anwar bahawa apabila AS mengambil langkah demarche, ia bermakna republik itu menyatakan kebimbangannya terhadap pendirian Malaysia.

"Dan mereka melakukan ini bukan sekali, tetapi tiga kali. Inilah sebabnya kita menganggapnya sebagai satu bentuk amaran.

“Bagaimanapun, kita tegas dalam memberi respons kepada mereka, terutamanya berhubung hubungan dengan Hamas,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS