Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terima Datuk: DAP beri teguran keras pada wakil rakyat Sabah
Diterbitkan:  Oct 26, 2023 3:23 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat parti itu di Sabah kerana menerima anugerah Datuk.

Kedua-dua mereka ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe yang berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

“CEC memutuskan tindakan kedua-dua wakil rakyat itu melanggar dasar parti yang melarang menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Oleh itu, CEC menegur sekeras-kerasnya Chan Foong Hin dan Phoong kerana melanggar dasar parti,” kata setiausaha agungnya Anthony Loke dalam satu kenyataan ringkas.

Loke berkata, CEC DAP mengulangi pendirian bahawa semua wakil rakyat perlu memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat dan hanya dibenar mempertimbangkan sebarang anugerah selepas bersara daripada jawatan yang dilantik.

“DAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri di atas pengurniaan anugerah dan akan terus menghormati institusi diraja kita melalui perkhidmatan kepada negara dan rakyat,” tambahnya.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS