ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China, Thai antara negara setuju guna mata wang tempatan - PM
Diterbitkan:  Oct 23, 2023 4:33 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Langkah awal untuk Malaysia dan beberapa negara Asia berdagang tanpa menggunakan mata wang dolar AS sudah "berjaya" kata Anwar Ibrahim.

Mengumumkan perkara itu perdana menteri berkata, langkah tersebut dimulai dengan rundingan awal Putrajaya dengan Beijing, Jakarta dan Bangkok.

Kata Anwar, rundingan berkenaan bertujuan untuk membolehkan urusan dagangan antara negara dijalankan menggunakan mata wang tempatan.

"Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh," katanya.

ADS

Kenyataan itu dibuat selepas dia mengadakan pertemuan dengan mahasiswa dan rakyat Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir hari ini.

Penyusutan nilai ringgit Malaysia menjadi antara isu yang menyebabkan ramai orang gelisah selepas ia mencatat kadar paling rendah dalam tempoh 25 tahun baru-baru ini.

Bagaimanapun pola penyusutan mata wang berbanding dolar AS itu tidak hanya membabitkan ringgit sebaliknya turut dialami mata wang negara lain.

Anwar berkata langkah menggunakan mata wang tempatan dalam urusan dagangan dengan negara luar mampu mengurangkan kebergantungan negara kepada dolar AS.

"Kedudukan ringgit kini tercabar dan parah akibat tindakan Bank Pusat AS yang secara agresif meningkatkan kadar faedah yang turut mengesankan mata wang renminbi China dan yen Jepun.

"Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS