ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan dakwaan ada lebih sejuta penduduk Sabah tidak mempunyai dokumen sah sebagai warganegara.

Menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) menteri dalam negeri itu berkata dia perlu mendapatkan 'bantuan' daripada ahli parlimen terbabit untuk menentukan kesahihannya.

"Saya mohon (Lo) bantu saya selepas ini, sebab sepanjang 10 bulan saya berada di KDN (Kementerian Dalam Negeri) saya belum pernah jumpa data ini.

"Barangkali Tawau (Lo) ada maklumat yang boleh ditawarkan (kepada KDN)," katanya.

Terdahulu dalam soalan tambahan, Lo mendakwa KDN dilihat tidak serius menyelesaikan isu kewarganegaraan khususnya di Sabah.

ADS

Lo kemudian meminta KDN menyatakan jaminan agar isu tersebut dapat diselesaikan kerajaan.

Menurut Saifuddin Jabatan Pendaftaran Negara bergelut untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan dalam tempoh 10 bulan dan sudah menangai 10,381 kes dalam tempoh 10 bulan lalu.

Katanya, kebanyakan kes yang diberi kelulusan kerakyatan adalah membabitkan kes anak angkat dan kanak-kanak tidak sah taraf.

Pun begitu katanya masih ada pihak menganggap kakitangan KDN tidak serius menjalankan tugas masing-masing.

"Sebaliknya KDN ditohmah, dituduh kononnya meluluskan puluhan ribu kerakyatan kepada warga China... ini jahat.

"Kalaulah mereka (pengkritik) tahu berapa hempas-pulasnya pegawai di KDN menguruskan isu-isu ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS