Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengalami serangan jantung kini dalam keadaan stabil.

Mengesahkan bahawa Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Dr Zaliha meminta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan Ahli Parlimen Pandan itu.

"Alhamdulillah saya dapat berita kelmarin, beliau semakin sihat, kita harap dalam masa terdekat beliau kembali bertugas, doakan yang baik-baik," katanya ketika ditanya media mengenai keadaan terkini Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi pertama Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, di Ipoh, Perak hari ini.

Difahamkan Rafizi dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung awal minggu ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS