Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan dedah pecahan STR 2024, jumlah RM3,700 termasuk Sara
Diterbitkan:  Oct 16, 2023 9:56 PM
Dikemaskini: 1:59 PM

Kerajaan telah mendedahkan pecahan jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima pada 2024.

Dalam ucapan belanjawannya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kuantum itu dinaikkan sehingga RM3,700.

Selain itu, dia berkata penerima STR juga akan mendapat peningkatan jumlah Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sehingga RM1,200, bersamaan RM100 sebulan untuk sepanjang tahun.

Walaupun ini pada mulanya ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai dua kuantum berasingan, pecahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini mendedahkan sebaliknya.

Menurut dokumen itu, jumlah bantuan STR bagi 2024 adalah sama seperti tahun ini.

Bagaimanapun, jumlah RM3,700 merujuk apabila pembayaran STR maksimum sebanyak RM2,500 digabungkan dengan bantuan Sara RM1,200.

Bayaran RM2,500 STR adalah untuk isi rumah berpendapatan RM2,500 sebulan atau kurang, dengan lima atau lebih anak.

Manakala, bayaran Sara maksimum adalah untuk penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar.

Bagi isi rumah lain, jumlah Sara ialah RM300.

Begitu juga untuk bujang.

Peningkatan bantuan STR kepada RM500 yang diumumkan oleh Anwar pada Jumaat, merujuk apabila pembayaran RM350 STR digabungkan dengan sumbangan Sara sebanyak RM150.

Tidak jelas bila sumbangan Sara akan didebitkan kepada penerima STR yang tidak layak menerima bantuan RM1,200.


BACA LANJUT: Apa yang tersedia untuk anda dalam Belanjawan 2024?



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS