Paling Popular
Terkini

Jika dahulu mancis sering menjadi peneman perokok, tetapi seiring peredaran waktu ia makin dilupakan kerana diganti dengan pemetik api. 

Ia juga tidak lagi popular di dapur-dapur mahupun untuk tujuan berkelah.

Di Malaysia, kilang mancis terakhir terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Namun, selepas lebih 87 tahun beroperasi, ia mungkin gulung tikar.

Salah  seorang pengurus Kelantan Match Factory yang hanya mahu dikenali sebagai Wee berkata mereka bergelut untuk terus hidup kerana masalah ekonomi. 

Selain permintaan yang rendah, warga emas 75 tahun itu berkata harga kayu import yang digunakan untuk membuat mancis juga semakin meningkat. 

Mengenang zaman kegemilangannya, kata Wee, suatu ketika dahulu kilang itu pernah gah dengan lebih 1,000 pekerja namun kini kilang itu hanya tinggal 25 orang. 

Suasana di dalam kilang
Batang mancis akan dicelup ke dalam lilin menggunakan mesin pencelup.

Proses memasukkan batang mancis ke dalam kotak.

Pekerja sedang membawa kotak mancis ke Kilang 2.

Catatan kotak per tan mengikut waktu masa.

Pekerja membaiki mesin yang rosak.
Pekerja sedang menyusun kotak mancis.

Pekerja mengisi batang mancis ke dalam kotak.

Ali Kassim, 67, berpengalaman bekerja selama 16 tahun di Kilang mancis Kelantan.

Potrait seorang pekerja kilang.

Kilang mancis Kelantan mempromosikan pelancongan Malaysia pada masa dahulu.

Kotak mancis di dalam filling machine.

Proses terakhir menampal kertas "Cap Lada Kelantan Match Factory."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS