Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Papan iklan tanpa tulisan jawi dianggap tidak mesra k'jaan Perlis
Diterbitkan:  Oct 16, 2023 11:57 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Kerajaan negeri Perlis tidak akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan, tetapi mereka yang gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai  "tidak mesra" kepada kerajaan negeri.

Menurut beberapa laporan akhbar Cina, ini diluahkan oleh Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Bercakap kepada pemberita di Kangar semalam, Shukri berkata setakat ini pihaknya masih belum membuat peraturan untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi, tetapi menggalakkan mana-mana premis yang membuat papan iklan baharu supaya meletak tulisan jawi.

“Saya menganggap jika ada premis yang masih tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tidak mesra kerajaan negeri,” katanya.

Bagaimanapun, dia menasihatkan pemilik premis supaya menukar kepada yang baharu jika mendapati bendera atau gambar Raja Perlis sudah lusuh.

“Rakyat Perlis kena prihatin kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Perlis,” katanya.

Katanya, sewajarnya semua rakyat mengambil bahagian memastikan Perlis cantik, bersih dan indah bagi menyambut kedatangan pelancong pada tahun depan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS