Kerajaan mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam, termasuk tandas sekolah seluruh negara .
“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.
“Insya-Allah, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga.
“Tahun hadapan, tekad yang sama akan diperhebat bagi membaik pulih tandastandas awam seluruh negara. RM150 juta disediakan bagi menyelenggara dan membaiki tandas awam di 150 PBT seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.