Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jet Israel bedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin
Diterbitkan:  Oct 11, 2023 9:57 PM
Dikemaskini: 1:57 PM

Jet Israel membedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan perkhidmatan penyelamat pada Rabu.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata semua hospital di wilayah itu tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit, selain turut menghadapi kekurangan bekalan ubat-ubatan dan peralatan.

Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang.

- Bernama-dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS