Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aktivis pelajar didenda RM5,000 kerana ‘protes konvo’

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memutuskan bekas pemimpin pelajar Wong Yan Ke bersalah “mengganggu ketenteraman” susulan protes menuntut naib canselor Universiti Malaya (UM) berundur ketika majlis konvokesyen 2019.

Majistret Fardiana Hayanti juga memutuskan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar.

Peguamnya berkata Wong akan membayar denda dan akan merayu terhadap keputusan itu.

Wong Yan Ke

Mahkamah pada 5 April tahun lalu mengarahkan graduan UM itu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dia dituduh sengaja mengaibkan dan mendatangkan marah kepada bekas naib canselor UM ketika itu Abdul Rahim Hashim dan tetamu dalam Istiadat Konvokesyen ke-59.

Bekas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) itu dilapor melaungkan “Tolak rasis”, “Undur VC” (naib canselor) dan “Ini Tanah Malaysia” di atas pentas selepas mengambil skrol.

Dia antaranya mendakwa Rahim mempromosikan perkauman dan kebencian, mengekang kebebasan akademik, menjadi “boneka politik” serta gagal menyelesaikan masalah kewangan UM.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS