Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lima kawasan catat IPU tak sihat setakat 4 petang

Empat kawasan di Johor dan satu di Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat empat petang ini, berbanding hanya tiga kawasan di Johor, sembilan pagi tadi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Johor adalah di Larkin iaitu 160 diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi (123), manakala Nilai, Negeri Sembilan (105).

Pagi tadi, Larkin mencatatkan bacaan IPU 156 diikuti Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS