Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'KPM komited tingkatkan mutu pendidikan, akses untuk semua murid'

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meningkatkan kualiti, kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan bagi semua murid, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata tiada siapa akan dipinggirkan dalam arus pendidikan di negara ini selari dengan hasrat membangun Malaysia Madani.

“Pendidikan berkualiti adalah milik semua tanpa mengira batasan kaum, agama atau politik,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) KPM Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipetik KPM dalam kenyataan semalam.

Mengenai mesyuarat itu, dia berkata ia merupakan platform untuk Exco di negeri-negeri mendapat maklumat berkaitan perkembangan pendidikan khususnya melibatkan dasar pendidikan negara terkini.

Katanya ia juga memberi peluang kepada Exco berkenaan mengetengahkan perkara-perkara berkaitan pendidikan di negeri masing-masing secara spesifik.

Menurut Fadhlina, MJEPN itu juga merupakan usaha untuk menjadikan komunikasi antara KPM dengan pihak berkepentingan termasuk Exco Pendidikan negeri-negeri seluruh negara menjadi lebih cekap dan telus.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS