Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hujan lebat: Banjir kilat landa KL
Diterbitkan:  Oct 6, 2023 6:53 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat selama kira-kira sejam sekitar jam lima petang tadi.

Antaranya Jalan Chan Sow Lin, Jalan Raja Chulan, Jalan Kinabalu, Salak Expressway, Jalan Loke Yew, MRR2, Jalan Cheras, AEON Maluri, Jalan Sri Permaisuri, Yaacob Latif Tunnel dan Jalan Travers.

Ini menyebabkan gangguan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Rapid KL melalui siaran bebenang di media sosial memaklumkan gangguan perkhidmatan bas.

"Bas tidak dapat beroperasi buat masa ini disebabkan banjir kilat," kata Rapid KL pada hantaran di X pada jam 5.58 petang tadi.

"Semua hentian bas tidak dapat dilalui," katanya seminit kemudian.

Menurut Rapid KL lagi, bas juga tidak dapat melalui ke terowong Jalan Chan Sow Lin disebabkan banjir.

"Bas akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala Jalan Sungai Besi dan kembali ke laluan asal," katanya pada hantaran jam 6 petang tadi.

Menurut hentian bas yang tidak dapat dilalui ialah LRT Chan Sow Lin, Pencetakan Nasional, Hyundai Services, Perindustrian Trisegi dan Toyota Sungai Besi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS