Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saifuddin: Kerajaan celaru sebab Anwar PM sambilan

Kecelaruan kerajaan hari ini disebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertindak sebagai perdana menteri 'sambilan', kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Saifuddin Abdullah.

Secara sinis Saifuddin berkata, Anwar hanya bertindak sepenuh masa sebagai seorang penceramah.

"Dengan perdana menteri yang kita tak tahu apakah dia ini bertugas sebagai perdana menteri atau yang disebut oleh sesetengah orang separuh jadi perdana menteri separuh jadi menteri kewangan.

"Menteri kewangan pun dia 'part time' (kerja sambilan). Apa yang dia 'full time' (kerja sepenuh masa)? Berceramah, bercakap.

"Kata menteri besar Muhammad Sanusi Md Noor bila buka mulut saja bohong hari ni bila dia tutup mulut pun bohong," katanya ketika ceramah di Dataran Purnama, Simpang Pulai, dekat Bentong.

Kenyataan Anwar di luar negara

Saifuddin menambah, sebagai bekas menteri luar, dia risau dengan kenyataan Anwar di luar negara.

"Saya bekas menteri luar, saya meneliti ucapan perdana kerana dia perdana menteri kita...Saya merasa sedikit gusar apakah dia berfikir sebelum bercakap, apakah dia ingin menukar dasar luar Malaysia.

"Baru-baru ini dia di persidang Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) di bahagian awal dia menyentuh tentang krisis yang berlaku di Ukraine...tengok (sebagai) bekas menteri luar sebut krisis, kita tak guna perkataan perang.

"Kita ada sebab mengapa tak guna perkataan perang, kita sangat hati-hati dalam memilih perkataan dalam hubungan antarabangsa dalam ucapan dia (Anwar)...dia kutuk Rusia kita tak pernah kutuk Rusia," katanya lagi.

PRK DUN Pelangai akan berlangsung Sabtu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS